Kursus Pengurusan Usahawan atas talian untuk PI
21 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 18 sehingga 20 Ogos 2017 yang lalu, UiTM telah menganjurkan Kursus Pengurusan Usahawan atas talian untuk PI yang bertempat di Kolej Komuniti Miri.
Kursus itu berlangsung selama 8 jam iaitu dari jam 9 pagi hingga ke jam 5 petang. Antara modul kursus yang dipelajari ialah teknik pemasaran dan rancangan perniagaan. Kursus ini disertai oleh PI zon Miri dan Bintulu.
Selain dari itu, para peserta diberi peluang untuk menubuhkan satu ‘page facebook’ perniagaan sendiri dan diberi masa untuk membina ‘copywriting’ yang boleh menarik pelanggan seterusnya menaikkan jualan. Strategi ini juga amat berguna untuk kebaikan PI masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: